Page 22 - PSPKK 2018-2025
P. 22

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)

                                                RANGKA KERJA TVET 4.0









            Matlamat Malaysia untuk muncul sebagai negara maju berteknologi tinggi, dengan rakyat yang mengecapi kualiti
            hidup masyarakat kelas pertama bakal tercapai menjelang tahun 2020. Justeru, Pendidikan dan Latihan Teknikal
            dan Vokasional (TVET) yang berkesan merupakan laluan terbaik bagi negara untuk melahirkan modal insan yang
            berpengetahuan,  berkemahiran  tinggi,  berinovasi,  dan  mampu  menghadapi  saingan  pada  peringkat  serantau
            mahupun  global.  Selari  dengan  aspirasi  tersebut,  kedudukan  ekonomi  negara  dijangka  akan  terus  kompetitif
            seiring dengan permintaan industri sepertimana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).
            Pada September 2018, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Malaysia
            Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) dan Akademik Sains Malaysia (ASM) telah memban-
            gunkan Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 (Industry 4WRD) sebagai polisi yang digunapakai dalam sektor perkh-
            idmatan dan pembuatan di Malaysia.


            Melalui dasar ini kerajaan memberi penekanan kepada lima (5) strategi pemacu dimana satu (1) strategi khusus
            kepada KPM dan KSM iaitu strategi S: Kemahiran dan Bakat  (Upskilling Existing & Producing Future Talents) dengan
            meningkatkan keupayaan tenaga kerja sedia ada melalui program peningkatan kemahiran (reskilling & upskilling)
            dan memastikan ketersediaan bakat masa depan dengan kemahiran bagi membekalkan tenaga kerja negara ke
            arah 4IR


            Berteraskan sains dan teknologi, institusi TVET  perlu mengorak langkah mengubah kaedah pelaksanaan
            pendidikan dan latihan masing-masing dengan menambah baik penawaran program agar berciri demand-driven,
            khususnya  dalam  merapatkan  jurang  kompetensi  dengan  pemain  utama  industri  4IR.  Justeru,  program  yang
            ditawarkan perlu seiring dengan tuntutan perkembangan teknologi dan menjadi nilai tambah kepada set
            kemahiran sedia ada.


            Rangka Kerja TVET 4.0 (TVET 4.0 Framework) merupakan sebuah kerangka konseptual dan digubal dengan
            mengambil kira perkembangan sosio ekonomi terkini seperti Revolusi Industri 4.0 (Industry Revolusi 4.0),
            Pembelajaran Abad ke-21 (21st Century Learning) dan Pendidikan 4.0 (Education 4.0). Rangka kerja TVET 4.0 ini
            mempunyai enam (6) teras yang disokong oleh 11 strategi serta 19 inisiatif untuk memacu keberhasilan yang
            diharapkan  untuk   memposisi  sistem  pendidikan  TVET  negara  yang  dinamik  dan  berdaya  saing  di  peringkat
            global.









                                                                                                                                  13
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27