Page 20 - PSPKK 2018-2025
P. 20
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
ANALISIS DAN CABARAN TVET DALAM KONTEKS
POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
Perubahan ekonomi dunia yang pesat menuntut institusi pendidikan dan latihan untuk turut sama menangani
cabaran persaingan global, krisis ekonomi dan perubahan teknologi ke arah ekonomi digital. Secara amnya,
keperluan dan permintaan tenaga kerja TVET yang berkualiti di peringkat berkemahiran sederhana dan tinggi
perlu dipenuhi secara bersama melalui kolej komuniti, politeknik dan universiti-universiti teknikal. Walau
bagaimanapun, usaha ini memerlukan koordinasi dan perancangan rapi terutamanya dalam penyediaan tempat
pengajian mencukupi dalam program pengajian yang menepati permintaan industri. Antara isu dan cabaran
utama TVET yang perlu ditangani oleh politeknik dan kolej komuniti ialah:
i) memenuhi limpahan permintaan lepasan menengah terhadap program TVET untuk mengisi permintaan
pekerjaan di koridor ekonomi negara;
ii) meningkatkan peluang graduan politeknik dan kolej komuniti mendapat pekerjaan;
iii) memastikan kepakaran tenaga pengajar yang mencukupi dalam bidang sedia ada dan baharu;
kekurangan dana bagi pemerolehan peralatan yang selari dengan perkembangan di industri;
v) meningkatkan kualiti permuafakatan bersama pihak industri dalam pembangunan kurikulum seiring dengan
IR4.0; dan
Untuk itu, politeknik dan kolej komuniti perlu:
i) mengukuh pelaksanaan TVET dengan memastikan kesinambungan, kualiti dan dinamisme dasar melalui
keputusan yang dibuat secara kolektif bagi penentuan hala tuju TVET negara, antaranya penawaran
program berartikulasi dan berkesinambungan (seamless and articulated programme o erings);
ii) memberi fokus kepada keserakanan dan kesepunyaan (commonality and collegiality yang terdapat di
kedua-dua institusi bagi memperkukuh sinergi agar menggalakkan mobiliti bakat dan kolaborasi untuk
memastikan tenaga kerja yang lebih aktif, cekap dan berkesan dalam sektor TVET;
iii) menjadi pemain utama (key player) dalam membekal tenaga kerja ke pasaran pekerjaan negara bagi
menghadapi persaingan pembangunan bakat negara di peringkat global;
iv) mengoptimum penggunaan sumber dan kepakaran melalui konsep leaner organisation bagi menghasilkan
penjimatan perbelanjaan serta mencapai keberkesanan penyampaian yang lebih tinggi;
v) menyedia modul pembelajaran TVET selari dengan perkembangan revolusi perindustrian 4.0 (Fourth IR)
vi) meningkat aksesibiliti TVET kepada rakyat Malaysia dengan memperkembangkan kaedah pembelajaran
secara atas talian dan pendidikan sepanjang hayat termasuk akses TVET kepada golongan isi rumah
berpendapatan 40% terendah (B40), Orang Kelainan Upaya (OKU) serta komuniti luar bandar; dan
vii) memperkasa pusat sehenti, Collaboration Industry Services and Employability Centre yang kini beroperasi di
politeknik bertujuan menyediakan perkhidmatan berimpak tinggi kepada industri dan komuniti.
11