Page 68 - PSPKK 2018-2025
P. 68

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)



               Objektif Strategik A
               Memperkukuh Jaringan industri-institusi


               Memperkukuh jaringan industri dan institusi merupakan program intervensi bersepadu bagi memperluas jaringan
               kolaborasi  dengan  industri  berciri  4IR  dan  mengeratkan  kerjasama  dengan  agensi  kerajaan  yang  mendepani  4IR.
               Kerjasama strategik ini boleh direalisasikan dalam pelbagai bentuk dengan matlamat graduan TVET mendapat
               pekerjan yang diperlukan dalam industri 4IR.




               Objektif Strategik B
               Memperkasa Komuniti Pintar


                                                                      Inisiatif
               Salah satu indikator negara maju ialah wujudnya kelompok besar masyarakat yang terkehadapan dalam penggunaan
               teknologi  terkini  dalam  amalan  harian.  Justeru  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti  perlu  berperanan  sebagai  hab  dan
               pemangkin kepada kesediaan masyarakat umum untuk menerimapakai teknologi terkini dengan membangunkan
               beberapa komuniti terpilih sebagai komuniti pintar rintis yang bakal dilahirkan.




               Objektif Strategik C
               Memperkukuhkan Hubungan dengan Alumni

               Sokongan  kukuh  daripada  alumni  diperoleh  dengan  mewujudkan  peluang  pekerjaan  yang  luas,  panel  penasihat
               mengikut kepakaran, khidmat latihan, program motivasi dan jati diri, dan program kerjaya.  Di samping itu, sokongan
               padu daripada alumni juga diperoleh dalam bentuk sumber kewangan.

































                                                                                                                                   58
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73