Page 71 - PSPKK 2018-2025
P. 71

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)

                Inisiatif C1
                Mengeratkan Hubungan dengan Alumni

                Keterlibatan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada sesebuah institusi adalah
                penting bagi mengekalkan dan memperkembangkan pembangunan sesebuah institusi. Dengan mewujudkan saluran
                yang mempermudahkan hubungan yang erat di antara alumni dengan pelajar dan institusi, ia dapat memberi faedah
                yang amat bermakna dalam memperkayakan pengalaman pelajar semasa berada di institusi tersebut. Setiap alumni
                melalui pengalaman daripada pelajar kepada graduan yang unik dan berbeza, justeru itu terdapat potensi untuk setiap
                alumni menyumbang kepada institusi dalam cara dan skala yang pelbagai.






              Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:


              1.     Memantapkan hubungan baik dengan alumni bagi mendapatkan sokongan.
              2.     Memanfaatkan kepakaran alumni untuk tujuan sumbangan, pembelajaran sepanjang hayat, khidmat runding,
                              program kerjasama, perkongsian ilmu, latihan industri, dan penjana pekerjaan
              3.     Membangunkan pangkalan data alumni berpusat dan bersepadu.
              4.     Melibatkan alumni dalam aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh institusi.
              5.     Mewujudkan kerjasama atau program bersama alumni bagi mendapatkan sokongan kewangan atau kepakaran


              Keberhasilan

              Pelajar yang berkemahiran, holistik dan seimbang dapat menembusi pasaran kerja   melalui kerjasama daripada
              alumni.



              Sasaran Kerja Utama


              Bilangan program atau aktiviti yang melibatkan alumni

























                                                                                                                                   61
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76