Page 69 - PSPKK 2018-2025
P. 69

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)

                Inisiatif A1
                Memperluas Jaringan Kolaborasi dengan Industri


                Institusi TVET  harus  memperluas  jaringan  kolaborasi  terutamanya  dengan  industri  berciri  4IR  bagi  mendapatkan
                kerjasama yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Kerjasama ini boleh diperolehi dengan melibatkan badan
                 peneraju industri (Industry Lead Body, ILB), Cawangan Agensi Berkaitan Kerajaan (Government-Linked Company, GLC),
                Perusahaan Kecil dan Sederhana (Small Medium Enterprise, SME) dan Perbadanan Multinasional (Multinational
                Corporation, MNC).  Antara  bentuk  kerjasama  yang  boleh  dilaksanakan  ialah  pembangunan  akademik  dan  latihan,
                pemindahan teknologi dan inovasi, pengembangan aktiviti penyelidikan dan pengkomersialan, serta keusahawanan.

                Inisiatif A2
                Mengeratkan Kerjasama dengan Agensi Kerajaan yang Mendepani 4IR
                                                                      Inisiatif
                Terdapat agensi-agensi kerajaan yang turut menyumbang ke arah pembangunan industri di Malaysia. Justeru,
                hubungan yang baik perlu dijalin bagi mendapatkan sokongan dalam melahirkan modal insan seiring dengan era 4IR.
                Di antara agensi kerajaan yang mendepani 4IR merangkumi Kementerian, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
                (MIDA), Technology Depository Agency Berhad (TDA), Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT),
                Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC)  dan  Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).
                Kerjasama antara pihak institusi dan agensi kerajaan telah wujud sejak sekian lama namun perlu
                diperkukuhkan bagi merealisasikan agenda pemerkasaan 4IR di Malaysia.

               Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:


               1.     Meningkatkan tahap Industry Satisfaction dengan memantapkan hubungan baik dengan industri melalui
                              program kerjasama, perkongsian pintar, dan perkongsian ilmu seperti Cross-fertilisation dan Co-creation
                              programmes.
               2.     Membangunkan kerangka Industry Satisfaction Index dan kaedah pengukuran.
               3.     Memperkasa program bersama industri seperti:
                      o  Industry Advisory Committee
                      o  Employability Advisory Committee
                      o  Focus Group Dialogue
                      o  CEO Faculty
               4.     Membangunkan kerangan hubungan industri ( Industry Liason Framework).
               5.     Memperkasa peranan CISEC di Politeknik dan PPIA di  Kolej Komuniti.
               6.     Memperluas konsep matching grant bersama industri.


               Keberhasilan

               Menjalinkan kolaborasi berimpak tinggi dengan industri berciri 4IR bagi membolehkan penghasilan pelajar berkema-
               hiran tinggi dan PPPT yang kompeten dan relevan dengan keperluan industri.


               Sasaran Kerja Utama

               1.     Peratus industri yang mempunyai  kolaborasi berimpak tinggi dengan institusi; dan
               2.     Industry Satisfaction Index.
                                                                                                                                   59
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74