Page 73 - PSPKK 2018-2025
P. 73

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)


             Teras strategik keenam memberi fokus kepada peningkatkan ekosistem penyelidikan gunaan dan inovasi melalui:
             a.     konsep Lingkaran 4 Pihak (Quadruple Helix Ecosystem Model); dan
             b.     pembudayaan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan serta penggunaan dana dan geran yang berkaitan
                           melalui kolaborasi dengan institusi pendidikan tinggi TVET.


             SATU (1) objektif strategik telah dirancang untuk memastikan keberhasilan yang diinginkan bagi mencapai hasrat Teras
             Strategik Keenam.





                          Objektif Strategik                                              Inisiatif

                Objektif Strategik A                       Inisiatif A1
                Melestari Ekosistem Penyelidikan           Memasyarakatkan Penyelidikan dan Penemuan Ilmu Baharu/
                dan Inovasi                                Penghasilan Produk Inovasi



               Objektif Strategik A
               Melestari Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi


               Pembangunan ekosistem inovasi menjadi antara lonjakan yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
               Malaysia (Pendidikan Tinggi) - PPPM (PT) 2015-2025 untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara selari dengan
               tuntutan  perubahan  teknologi.  Politeknik  dan  Kolej  Komuniti  perlu  mengekalkan  momentum  membangunkan
               budaya penyelidikan yang kompetitif dan berinovasi dalam kalangan warga kerja dan pelajarnya; menjadi peneraju
               penyelidikan dalam bidang tujahan serta meningkatkan hasil penyelidikan secara kuantitatif dan kualitatif.  Politeknik
               dan  Kolej  Komuniti  mengambil  pendekatan  mengutamakan  penyelidikan  gunaan  dan  translational  dan  berfokus
               kepada menjadi solution provider kepada permasalaan komuniti dan industri.




























                                                                                                                                  63
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78