Page 70 - PSPKK 2018-2025
P. 70

PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)

              Inisiatif B1
              Membangunkan Komuniti Pintar

              Politeknik dan Kolej Komuniti  akan bekerjasama rapat dengan beberapa agensi yang turut terlibat dalam meningkat-
              kan  kualiti  hidup  dan  kesejahteraan  masyarakat,  antaranya  Kementerian  Pembangunan  Luar  Bandar  (KPLB)  dan
              Kementerian  Pembangunan Wanita  Keluarga  dan  Masyarakat  (KPWKM).  Inisiatif  membangunkan  komuniti  pintar
              bercirikan 4IR boleh dilaksanakan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat serta aktiviti kesukarelawanan
              yang dikendalikan oleh politeknik dan kolej komuniti. Selain itu, dalam memastikan keberhasilan tercapai, pendekatan
              Quadruple-Helix yang berasaskan projek seperti menjana pendapatan tambahan bagi komuniti terpinggir atau
              melahirkan usahawan komuniti yang celik digital adalah beberapa contoh yang sesuai untuk dilaksanakan.





              Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:

              1.     Meningkatkan Community Satisfaction Index dengan memantapkan hubungan baik dengan komuniti
                            setempat melalui pembelajaran sepanjang hayat, khidmat runding, program kerjasama, perkongsian ilmu, dan
                             program khidmat masyarakat (Corporate Social Responsibility) (CSR).
              2.     Membangunkan kerangka Community Satisfaction Index dan kaedah pengukuran.
              3.     Mempelbagaikan program atau aktiviti CSR dengan komuniti setempat dan global.
              4.     Melaksanakan program komuniti yang berimpak dengan kos yang minimum.
              5.     Mempelbagaikan kursus-kursus PSH yang memenuhi keperluan komuniti setempat dan antarabangsa

              Keberhasilan



              khidmat dan bakti masyarakat, khidmat runding dan aktiviti-aktiviti lain yang boleh  mewujudkan komuniti 1 Warga 1
              Kemahiran.  Institusi juga  menjadi tempat 1 Stop Centre Skills Community untuk masyarakat memanfaatkan inovasi dan
              teknologi baharu yang dapat memberi kesejahteraan dan keharmonian untuk diamalkan dalam kehidupan untuk
              meningkatkan sosio-ekonomi setempat dan jaringan kolaborasi masyarakat.



              Sasaran Kerja Utama

              1.     Bilangan peserta PSH bagi setiap institusi; dan
              2.     Community Satisfaction Index.
















                                                                                                                                   60
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75