Page 74 - PSPKK 2018-2025
P. 74
PELAN STRATEGIK POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (2018-2025)
Inisiatif A1
Memasyarakatkan Penyelidikan dan Penemuan Ilmu Baharu/ Penghasilan Produk Inovasi
Sokongan kukuh daripada alumni diperoleh dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang luas, panel penasihat
mengikut kepakaran, khidmat latihan, program motivasi dan jati diri, dan program kerjaya. Di samping itu, sokongan
padu daripada alumni juga diperoleh dalam bentuk sumber kewangan. Peranan penyelidikan dalam memacu
ketamadunan manusia telah diakui oleh semua pihak lebih-lebih lagi dalam mendepani era 4IR. Aktiviti penyelidikan
dan inovasi yang dilaksanakan di institusi pendidikan diiktiraf sebagai agen penyelesaian bagi membantu perusahaan
kecil dan sederhana serta dapat membawa masyarakat menghayati budaya penyelidikan. Penyelidik, pelajar dan
masyarakat bekerjasama dalam menangani satu situasi yang sama, mencari jalan penyelesaian yang akhirnya berjaya
menghasilkan penemuan ilmu baharu, meningkatkan produktiviti dan kualiti produk yang dihasilkan. Program seperti
Public-Private Research Network (PPRN), iaitu satu bentuk penyelidikan bersama industri ke arah memperkasakan
pembangunan perindustrian kecil dan sederhana. Justeru, penyelidikan bersama industri adalah satu inisiatif yang
menjadi tunjang utama bagi mewujudkan konsep memasyarakatkan penyelidikan.
Aktiviti/Program yang dirancang adalah melalui:
1. Membangunkan kumpulan penyelidikan pelbagai bidang melalui pengauditan keupayaan sedia ada
berpandukan keperluan industri.
2. Mengenal pasti dan membangunkan pangkalan data bagi hasil penyelidikan dan inovasi yang berpotensi untuk
pengkomersilan.
3. Penyediaan pelan tindakan untuk menjana sumber daripada industri dari dalam dan luar negara.
4. Mengukuhkan penyelidikan berasaskan penglibatan komuniti atau industri dengan pelbagai pihak
berkepentingan seperti Public-Private Research Network (PPRN).
5. Meningkatkan penerbitan kertas ilmiah pensyarah.
6. Penyediaan kursus celik penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan (R&D&I&C).
7. Mempromosi produk R&D&I&C secara atas talian.
8. Memantapkan Centre of Technology (CoT) institusi.
Keberhasilan
Peningkatan penjanaan nilai inovasi dan hasil penyelidikan yang memacu kecemerlangan institusi dan pelajar melalui
pemerkasaan bidang tujahan dan keresponsifan yang tinggi terhadap permintaan pemegang taruh. Pakar rujuk industri
dan komuniti bagi penyelesaian masalah (industry and community provider).
Sasaran Kerja Utama
1. Bilangan projek PPRN yang berjaya sebagai Solution Provider;
2. Peratus kertas penyelidikan atau kertas konsep penyelidikan yang diterbitkan di peringkat zon atau kebangsaan
atau antarabangsa melalui pemerkasaan penyelidikan; dan
3. Peratus tahap pencapaian Centre of Technology (CoT).
64