Page 35 - Garis Panduan PRO Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020
P. 35

Garis Panduan Pegawai Perhubungan Awam (PRO)
                                                                           Politeknik dan  Kolej Komuniti Malaysia

                                                 PENGURUSAN MAJLIS


               Latar belakang
               1.      Pengurusan  majlis  yang  cekap  adalah  amat  penting  dalam  bagi  memastikan

                       sesuatu acara berjalan dengan lancar dan teratur.

               2.      Garis panduan ini memaklumkan aspek pengurusan majlis bagi acara rasmi dan
                       tidak rasmi Politeknik dan Kolej Komuniti.

               3.      Garis panduan ini merujuk kepada protokol Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
                       Negeri, Kementerian, Jabatan dan Agensi berkenaan.

               4.      Selain menganggotai Jawatankuasa Media dan Publisiti, PRO berperanan penting
                       sebagai penasihat dalam pengendalian sesuatu majlis.



               Pelaksanaan
               1.      Proses pengurusan majlis ini meliputi jenis-jenis majlis dan acara, elemen protokol

                       dan etiket, peranan tugas urus setia, penyediaan kertas kerja / kertas cadangan,

                       persiapan tempat dan logistik, protokol, persiapan tempat dan logistik, jemputan
                       dan sambutan, keselamatan dan perubatan, kewangan dan lain-lain lagi.


               Aktiviti Utama dalam Pengurusan Majlis

               1.      Jenis-jenis Majlis
                       a.     Rasmi

                              Sesebuah majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

                              Negeri yang mendapat kelulusan peruntukan kerajaan.
                       b.     Rasmi dan Formal

                              Majlis / aktiviti dari kerajaan yang dilaksanakan pada hari bekerja di pejabat,
                              di luar pejabat, majlis penuh istiadat, majlis jamuan (malam atau hujung

                              minggu iaitu di luar waktu rasmi bekerja). Majlis yang melibatkan pembesar
                              negara/ negeri dan menepati aspek protokol secara penuh.








                                                                                                           35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40